T) PERMAINAN KETINTING AISKRIM
LANGKAH-LANGKAH:
PENDAHULUAN / SET INDUKSI:
·
Guru membawa murid
ke gelanggang badminton.
·
Murid membuat bulatan besar dan melakukan senaman ringkas
bagi memanaskan badan.
·
Kemudian murid akan diperdengarkan dengan muzik rancak.
·
Minta berjengket dan menari bebas mengikut muzik
tersebut.
PERMAINAN KETINTING:
·
Guru melukis 5 set garisan ketinting menggunakan kapur
dan minta murid perhatikan garisan tersebut.
·
Kemudian guru menulis nombor (1-5) pada setiap petak
ketinting tersebut (lihat gambarajah).
·
Murid diberi satu token daripada pundit kacang berlainan
warna.
·
Murid yang mendapat undian pertama akan memulakan
permainan ini. Murid tersebut hendaklah melontar tokennya kemana – mana nombor
yang terdapat pada ketinting.
·
Sekiranya murid tersebut melontar ke dalam petak nombor
3, maka murid tersebut hendaklah molompat bermula dari petak 1, 2, tinggalkan
petak 3, seterusnya melompat ke petak 4 dan 5.
·
Setelah itu murid tersebut berpusing balik dan mengambil
token di petak nombor 3 tadi dan boleh memijak petak tersebut hingga ke petak
1.
·
Setelah murid menamatkan permainannya, murid tersebut
dikehendaki mengambil kad nombor yang sama dengan nombor yang telah dipilih
pada petak ketinting tadi. Kemudian dia menunjukkan kepada guru nombor
tersebut.
·
Setelah itu murid hendaklah menulis nombor tersebut pada
kedudukan namanya sendiri pada senarai semak yang disediakan. ( lihat contoh
senarai semak ).
PENUTUP:
·
Selepas aktiviti ini guru dan murid boleh bersama-sama
mengira jumlah skor yang diperolehi.
·
Guru juga harus menerangkan permainan ini adalah
permainan tradisional yang harus dipelihara.
CATATAN:
Guru boleh membuat bentuk
ketinting lain yang dirasakan sesuai dengan tradisi setempat.
No comments:
Post a Comment