Segmen kedua pula kali ini masih berkenaan dengan getah gelang. Kali ini permainan ini aku panggil main lempar getah. Aku dah periksa permainan ini dan aku dapati ianya juga tidak disenaraikan dalam Sukan Olimpik kerana standard piawaian permainan ini belum lagi ada. Mungkin kerana mereka tidak tahu.
Permainan ini memerlukan kemahiran yang tinggi selain daripada pengetahuan asas fizik yang kukuh. Jumlah pemain tidak ditentukan, lebih ramai lebih bagus. Mula-mula kena sediakan gelanggang. Gelanggang ini ada 2 jenis: bulatan dan garisan. Namun, tujuan kedua-dua jenis gelanggang ini ialah tidak membenarkan pemain untuk memasuki gelanggang. Ya, inilah permainan yang tidak membenarkan pemain bermain di dalam gelanggang. Pemain perlu bermain dari luar gelanggang! Mungkin inilah sebabnya kenapa Sukan Olimpik tidak menyenaraikan permainan ini untuk dipertandingkan.
Versi kali ini aku telah pilih gelanggang jenis bulatan. Membuat bulatan bukanlah payah. Apa yang diperlukan ialah sebatang kayu dan kawasan tanah yang lapang dan rata. Saiz diameter bulatan itu diantara 5-6 kaki. Pemain tidak dibenarkan memijak garisan atau memasuki gelanggang.
Dalam permainan ini, pemain perlu melemparkan getah gelang ke dalam bulatan. Ini dituruti oleh pemain kedua dan seterusnya kemudian kembali berulang kepada pemain pertama tadi.
Motif permainan ini adalah menindih mana-mana getah gelang yang berada di dalam bulatan. Pemain akan melemparkan getah gelang secara berhati-hati dan bergaya supaya getah gelangnya menindih getah gelang yang ada di dalam bulatan, seperti contoh di dalam foto di bawah. Jika bertindih, pemain tadi boleh mengambil getahnya dan getah yang ditindih oleh getahnya. Jika tidak berjaya, pemain tadi tak boleh ambil semula getahnya. Pemain seterusnya akan berpeluang untuk mencuba nasibnya pula.
Nampak seperti mudah tetapi pemain perlu mengambil kira beberapa elemen penting. Pertama, berat getah gelang dan kekuatan otot lengan akan mempengaruhi kesan lemparan. Pemain perlu mahir dalam bidang bio-mekanik tubuhnya dan ini mungkin memerlukan pemain berlatih berkali-kali. Namun begitu, setiap getah mempunyai berat dan bentuk yang berbeza walau pun setiap satunya seakan-akan serupa. Ini akan menambahkan pembolehubah dalam pengiraan projektil.

![]() |
| Jika pertindihan terlalu kecil, lubang yang
terbentuk perlu diukur dengan lebar getah lain. Jika lepas, dikira menang. |
Nampak seperti mudah tetapi pemain perlu mengambil kira beberapa elemen penting. Pertama, berat getah gelang dan kekuatan otot lengan akan mempengaruhi kesan lemparan. Pemain perlu mahir dalam bidang bio-mekanik tubuhnya dan ini mungkin memerlukan pemain berlatih berkali-kali. Namun begitu, setiap getah mempunyai berat dan bentuk yang berbeza walau pun setiap satunya seakan-akan serupa. Ini akan menambahkan pembolehubah dalam pengiraan projektil.
Kedua,
terdapat elemen alam yang mampu mengganggu projektil getah gelang. Dalam versi
di atas, angin petang yang bertiup agak kencang menjadikan getah gelang jatuh
tak menepati sasaran. Mengikut penulis The Art of War, seseorang pejuang tidak
harus melupakan pengaruh dari elemen alam malah sepatutnya menggunakan elemen
ini untuk faedah dirinya. Menurut penulis The Book of Five Rings, pejuang perlu
mahir dengan peralatan yang dia ada.
Kesimpulannya, permainan lempar getah ini memerlukan
tahap keintelektualan yang tinggi.

No comments:
Post a Comment