I) PERMAINAN CARI CUCU
pengenalan
Permainan tradisional yang dimainkan oleh kanak-kanak diluar rumah. Ianya dimainkan oleh beberapa orang dengan jumlah yang ramai. Halaman rumah atau tempat lapang merupakan gelanggang yang sering digemari oleh mereka.
Didalam permainan ini terdapat dua buah lagu khas
yang didendangkan. Sehelai sapu tangan atau kain untuk menutup mata dan
sebatang kayu tongkat diperlukan sebagai alat.
Menentukan Nenek
Sebelum permainan dimulakan seorang dari mereka
haruslah menjadi nenek. Bagi menentukan nenek maka undian secara lai lai li
tam plong perlu dijalankan. Siapa dikalangan mereka yang kalah dalam undian
tersebut maka akan ditutup matanya dengan sapu tangan atau kain untuk dijadikan
nenek. Sebatang tongkat diberikan untuk dipegang dan berperlakuan seperti nenek
tua yang buta.
Permainan Cari Cucu
Kesemua pemain membuat satu bulatan mengelilingi
nenek dengan berpegangan tangan diantara satu sama lain. Sebuah dendangan
dinyanyikan oleh cucu secara beramai-ramai.
Nyanyian
Nenek,nenek, sibongkok tiga.
Siang mengantuk,malam berjaga.
Mencari cucu dimana
berada
.Nenek kahwin dengan anak raja.
Ketika cucu bernyanyi berpusing-pusing mengelilingi
nenek, maka perlakonan nenek seperti orang buta terbongkok-bongkok dengan
menggunakan tongkat mencari jalan.
Setelah cucu tamat mendendangkan nyanyian, maka
nenek pula mengambil giliran mendendangkan nyanyiannya.
Nyanyian
Cucu, cucu tak dapat lari.
Nenek tua banyak sakti.
Sekarang nenek nak cari ganti.
Siapa yang kena,
dia menjadi.
Setelah selesai dendangan nenek masing-masing cucu
duduk mencangkung mendiamkan diri dengan harapan nenek tidak mengetahui
kedudukan mereka. Dengan menggunakan tongkat nenek mencari-cari cucu yang
mendiamkan diri disekelilingnya. Setelah berjaya menangkap seorang cucu nenek
perlu meneka nama pemain tersebut dengan betul.
Sekiranya tekaan nenek itu betul maka pemain
tersebut akan menjadi nenek menggantikan tempatnya. Seandainya tekaan itu tidak
tepat maka watak nenek masih menjadi miliknya dan permainan diteruskan.

No comments:
Post a Comment