G) PERMAINAN TOM TOM BAK
Pengenalan
CARA MENENTUKAN KEMENANGAN
Pasukan penyerang dikira menang jika salah seorang daripada mereka berjaya
melepasi kesemua garisan serta berjaya balik ke garisan permulaan. Satu mata
diberikan kepada pasukan yang berjaya melakukan tugas di atas. Pasukan yang
berjaya mengumpul mata tertinggi dikira pemenang keseluruhan. Ia adalah sejenis
permainan keluarga Dinyanyikan bersama 2 buah laguTom Tom bak
Ram Ram Pisang.
Ia bertujuan untuk menguji siapa
(pemain) yang boleh mendiamkan diri dalam masa yang lama.Ia dapat mewujudkan
suasana meriah dalam keluarga untuk mengeratkan hubungan antara ahli keluarga.
Tempat Permainan
Ia boleh dimainkan di dalam
rumah atau boleh juga dimainkan di tempat-tempat terbuka yang bersesuaian.
Peralatan
Tiada
peralatan digunakan. Pemain-pemain hanya perlu menggunakan tangan masing-masing
sahaja.
Dimainkan oleh 2 hingga 6 orang
dan biasanya dimainkan bersama-sama ahli keluarga Langkah-langkah
Permainan
- Pemain-pemain dikehendaki duduk dalam satu bulatan kecil.
- Semua pemain akan mengepal kedua-dua tangan dan disusun berselang-seli secara menegak. (Kedua-dua tangan pemain yang sama tidak boleh bertemu.).
- Kemudian semua pemain bersama-sama menyanyikan lagu Tom Tom bak berulang kali.
- Setiap kali lagu habis dinyanyikan, tangan yang di bawah sekali hendaklah dibuka kepalannya secara telungkup.
- Lagu dinyanyikan hingga semua pemain membuka kepalan tangan masing-masing.
- Seterusnya, para pemain akan mengayakkan tangan mereka sambil menyanyikan lagu Ram Ram Pisang.
- Bila lagu habis dinyanyikan, semua pemain mengangkat tangan dan berdiam diri.
- Semua pemain ditegah bersuara kerana pemain yang bersuara akan dicubit.
- Untuk menjadikan suasana lebih meriah, para pemain akan mengacah sesama sendiri supaya ada yang tertawa atau bercakap. Jika ada pemain yang bersuara, semua pemain akan mencubit atau menggeletek pemain tersebut.
- Permainan boleh diulang semula atau ditamatkan sekiranya mendapat persetujuan daripada semua pemain.
Peraturan Permainan
Semua pemain mesti
bersama-sama menyanyikan lagu yang telah ditentukan. Semua pemain mestilah
mematuhi peraturan permainan. Para pemain tidak dibenarkan mencubit kawan
mereka dengan kuat sehingga menyakitkan.
Perbandingan Lagu Tom Tom Bak
Tom Tom bak,
Makyung dedek,
Pecah sebiji,
Tinggal sangkak.
VERSI EN ABDULLAH DARUS
Tom Tom bak makyung dedek,
Pecah sebijj tinggal serangkap,
Nenek oh nenek,
Rumah nenek nak reban,
Rek Rek Rum.
Lagu Ram Ram Pisang
Ram Ram Pisang,
Pisang masak layu,
Jatuh dalam lubang,
Disambar bapak yu,
Umbut-umbut nyiur,
Belalang kodek-kodek
Siapamulutdulu,
Dia kena cubit.
LAGU JALA ITIK
“Jan-jan jala
Jala itik jala ayam
Berapa lubang kancil?
Seratus lima puluh
Singgah Cik Dayang
singgah
Makan sireh mulut merah”
Menentukan pemain
Setelah itu, pemain yang
ditangkap tadi dibawa ke tempat lain oleh ketua-ketua itu untuk disoal.
Kemudian mereka menyebut nama samaran yang telah ditetapkan sebelum permainan.
Pemain yang ditangkap itu dikehendaki memilih salah satu nama tersebut. Pemain-pemain
tadi dikehendaki berdiri di belakang ketua yang mana namanya dipilih oleh ahli
tadi dengan merahsiakan nama pilihannya kepada ahli yang lain. Kemudian
permainan dimulakan semula seperti awal tadi, sehinggalah semua pemain selesai
memilih ketua masing-masing.
Pertukaran Pemain
Jika ada kumpulan
mempunyai jumlah ahli yang lebih ramai daripada kumpulan yang satu lagi, rayuan
boleh dibuat untuk pertukaran ahli bagi mengimbangi jumlah ahli setiap pasukan.
Bagaimanapun, pertukaran hanya boleh dibuat setelah persetujuan di antara
kedua-dua belah pihak dicapai. Jika tidak mahu membuat pertukaran, permainan
akan tamat di situ dan ketua itu dikira menang, kerana mempunyai ahli paling
ramai.
Menentukan pemenang
Sebaliknya jika ini
terjadi, satu perlumbaan dilakukan. Untuk itu, satu garisan dibuat bagi
membolehkan kedua-dua pasukan beradu kekuatan. Kedua-dua ketua pasukan berdiri
sama jauh dari garisan dan tangan mereka berpaut antara satu sama lain.
Pemain-pemain lain beratur di belakang ketua masing-masing sambil memegang
pinggang. Kedua-dua ketua pasukan berusaha menarik antara satu sama lain supaya
melangkah garisan itu,dengan ahli lain membantu, seperti tarik tali. Jika
pasukan yang kurang ahlinya itu berjaya menarik pasukan lawan melintasi garisan
itu, pasukannya dianggap menang. Maka dia boleh meminta sejumlah pemain dengan
pasukan yang satu lagi itu. Sebaliknya, jika pasukannya gagal berbuat demikian,
maka dia dianggap kalah.

No comments:
Post a Comment