R) PERMAINAN TIRU MACAM SAYA
LANGKAH-LANGKAH:
·
Guru membawa murid ke luar kelas.
·
Guru membahagikan murid kepadea 5 kumpulan.
·
Guru memasang muzik rancak dan minta murid berlari sambil
mendepa tangan seperti burung (2 minit).
·
Setelah itu minta berbaris mengikut kumpulan
masing-masing.
AKTIVITI IMBANGAN:
- Guru menyediakan 2 gelung rotan dan bangku
panjang yang rendah ( lihat gambarajah ).
- Murid akan melompat dua
belah kaki ke dalam gelung rotan kemudian menaiki kerusi panjang dan
berjalan sambil mengimbang diri sehingga tamat.
- Apabila tamat murid
dikehendaki berlari semula kearah rakan.
- Seterusnya murid kedua akan
melakukan aktiviti yang sama.
- sehingga semua
peserta-peserta selesai.
- Jika jatuh, murid akan
mengulang semula dari awal.
PENUTUP:
·
Guru membuat senaman ringan untuk menyejukkan badan.
·
Guru Bersoal jawab dengan murid tentang perasaan mereka
setelah menjalankan aktiviti tersebut ( gembira, takut, ingin mencuba lagi).
CATATAN:
·
Guru boleh meminta murid:
·
Berjalan secara perlahan
·
Berjalan dengan laju
·
Berjalan dengan meletakkan beban (pundit kacang atau buku
di atas kepala)
No comments:
Post a Comment