M) ACI SOROK
Pengenalan
Dibeberapa tempat permainan ini dinamakan juga
sebagai main sorok-sorok. Kanak-kanak lelaki dan perempuan amat mengemari
permainan ini, ia amat mudah dan jumlah pemain yang tidak terhad. Lebih ramai
yang bermain lebih mendatangkan keseronokan dan bertambah meriah lagi bagi
mereka.
Jenis permainan luar rumah dan memerlukan kawasan
yang luas, persekitaran rumah akan dijadikan gelanggang. Sebatang pokok atau
tiang akan dijadikan ibu atau rumah iaitu induk untuk pemain yang akan mencari
rakan mereka yang menyorok.
Undian
Sebelum permainan dijalankan, kesemua pemain akan
mencari seorang yang dinamakan pencari. Undian secara lai lai li tam plong
dijalankan kepada semua pemain.
Cara Bermain dan Peraturan
Setelah pencari ditentukan, ia hendaklah berdiri
dengan menutup matanya di rumah induk. Kiraan akan dibuat 1 hingga 100 atau
kurang bilangannya secara kuat. Setelah selesai kiraan dibuat, pencari akan
mula mencari rakan pemain lain yang menyorok disekitar kawasan yang telah
ditetapkan. Jika terdapat pemain yang menyorok diluar kawasan yang telah
ditetapkan ia dikira jadi dan akan mengambil peranan sebagi pencari pula.
Sekiranya pencari telah menjumpai salah seorang
dari mereka, hendaklah disebut dengan kuat namanya dan dituruti dengan sebutan
ibu. Dalam masa yang sama pencari hendaklah berlari ke rumah induk serta
mencuit induk, dengan tujuan mematikan pemain yang ditemui agar pemain itu
tidak boleh mencuit induk pula. Pencarian ini akan dilakukan berterusan hingga
kesemua pemain yang menyorok ditemui.
Setelah seleasi kesemua pemain yang menyorok
ditemui dan tiada seorang pun yang dapat membantu membatalkan cuitan pencari ke
rumah induk, maka pemain yang mula-mula ditemui itu akan jadi pencari pula.
Seandainya pemain yang ditemui itu sempat mencuit
terlebih dahulu dari pencari ke rumah induk, maka pencari ini akan jadi semula
sebagai pencari dan permainan dimulakan semula. Hal yang sedemikian juga boleh
terjadi sekiranya salah seorang dari pemain mencuit rumah induk dengan
menjeritkan perkataan ibu, maka permainan akan dimulakan semula dan pencari
akan tetap memegang peranannya.
No comments:
Post a Comment