Tuesday, 18 September 2012


B) PERMAINAN TARIK UPIH


Pengenalan




Permainan tarik upih ini masih Permainan Tarik Upih merupakan satu permainan kanak-kanak yang biasanya dimainkan oleh kanak-kanak zaman dahulu. Permainan ini menggunakan pelepah atau pangkal daun pokok pinang tua yang jatuh ke tanah. Daun pinang dari pelepah ini dibuang dan dijadikan tempat untuk menarik upih.

di mainkan sehingga kini dan bukan sahaja dikalangan kanak-kanak tetapi juga para dewasa.



Ciri-ciri keselamatan permainan tarik upih

  • Memastikan tempat pertandingan atau permainan adalah selamat.
  • Memastikan kawasan permainan / pertandingan adalah lapang, rata dan luas.
  • Memastikan pemain atau peserta memakai pakaian yang sesuai semasa permainan diadakan.
  • Peserta digalakkan memakai topi keselamatan untuk mengelak   dari kecederaan.
Cara Bermain Permainan Tarik Upih

Permainan tarik upih boleh dimainkan mengikut prosedur berikut:
  • Permainan  ini  boleh dimain dengan dua orang atau  lebih.
  • Seorang menjadi tukang tarik dan seorang lagi duduk  dalam upih.
  • Orang yang ditarik merasa seronok. Terasa punggung  macam digeletek. Tetapi sakit juga kalau terlanggar tunggul kayu atau ketul batu.
  • Upih ni boleh dinaik lebih dari satu orangbergantung kepada saiz upih yang luruh itu.Biasanya muat setakat seorang dua saja.
  • Permainan upih ini boleh dimainkan secara pertandingan atau perlumbaan. Kenalah ada ramai kawan-kawan yang jadi penarik dan "penunggang" upih.
  • Peserta yang sampai dahulu dikira sebagai pemenang.



No comments:

Post a Comment