Wednesday, 19 September 2012


  
Q) PERMAINAN BOLA AIR

OBJEKTIF:
Pada akhir pembelajaran murid akan dapat:
Menyambut objek menggunakan dua belah tangan.
TEMPOH MASA: 60 minit
BAHAN: Belon, air, cawan plastik, baldi, jarum.
TUNJANG UTAMA:
PFK 2.3.5 Menyambut objek lembut dengan menggunakan dua tangan.
TUNJANG YANG DISEPADUKAN:
            BM 1.1.7 Mendengar dan bertindak balas mengikut arahan mudah.
            BM 2.1.5 Menyatakan permintaan dengan sopan.
            BM 2.1.6 Memberikan arahan kepada rakan secara bertatasusila.
PM 10.2.2 Mengamalkan sikap tolak ansur dengan rakan dalam situasi      tertentu.

PERBENDAHARAAN KATA:
            Belon, air, pecah, cawan, besar, kecil, baldi, jarum

LANGKAH – LANGKAH:
·        Guru membawa murid ke padang
·        Guru membawa plastik hitam yang berisi belon yang sudah di tiup
·        Minta murid rasa menggunakan tangan, teka apakah objek yang di bawa.
·        Pilih seorang murid dan minta murid cucuk dengan jarum peniti objek tersebut (dengan pemerhatian guru)
·        Apabila belon pecah, buka plastik dan lihat belon yang sudah pecah.
·        Tiup satu belon dan ikat. Guru berbual dengan murid tentang belon tersebut:
·        “apakah nama objek ini?”……….belon.
·        “apa yang ada dalam belon ini?”……….udara.
·        “kenapa belon ini pecah?”……….dicucuk jarum, tekanan luar dan dalam berbeza.
·        “nyatakan perbezaan saiz sebelum dan selepas belon ini pecah ?”……….besar/kecil.
·        “apakah bunyi yang terhasil apabila jarum dicucuk pada belon ini ?”……….minta murid buat bunyi tersebut.

PERMAINAN 1: ISI AIR DALAM BELON:
  • Murid berbaris dalam kumpulan. 5 kumpulan.
  • Guru menyusun gelung rotan di hadapan setiap kumpulan dan meletakkan satu baldi dan satu cawan plastik.
  • Pada jarak 5 meter letak satu gelung rotan dan satu belon ( rujuk gambarajah).
  • 4 orang murid akan menunggu di stesen 1 dan seorang lagi menunggu di stesen 2.
  • 5 Peserta pertama akan mencedok air dan membawa dengan cawan ke stesen 3.
  • Apabila sampai di stesen 2 murid akan menuang air kedalam belon yang dipegang oleh rakan distesen 2.
  • Kemudian murid pertama akan berpatah balik ke stesen 1 dan peserta ke-2 mengulangi langkah yang sama sehingga belon dipenuhi air.
  • Apabila belon dipenuhi air dan saiznya besar, guru menolong murid mengikat belon tersebut untuk aktiviti seterusnya.

PERMAINAN 2 : LARI BAWA BELON BERGANTI-GANTI                   (Kesinambungan daripada aktiviti diatas ):
·        Guru mengekalkan set yang sama seperti diatas.
·        Di stesyen pertama letakkan belon yang telah di isi air manakala distesen 2 .letakkan gelung rotan sahaja.
·        Murid akan berlari berulang alik dari stesyen 1 ke stesyen 2 dengan membawa belon yang berisi air.
·        Guru menetapkan jangka masa aktiviti ini mengikut kesesuaian.
·        Jika belon pecah kumpulan ini dikira kalah.

PENUTUP:
 Apabila selesai aktiviti ini guru boleh minta murid pecahkan belon yang berisi air dan lihat perubahan yang berlaku. Guru buat rumusan daripada aktiviti dan menyatakan nilai murni kerjasama dalam kumpulan.

CATATAN:
Aktiviti ini tidak semestinya dijalankan serentak kerana kadangkala masa terhad dan boleh dijalankan pada hari berikutnya.

No comments:

Post a Comment