NAMA : HARLINA BINTI M.AGUS
KUNPULAN/UNIT :KDPM KDC KEMAS
MATAPELAJARAN:PENGURUSAN SUMBER
MAKLUMATTABIKASELEKOH:TABIKAKEMASSELEKOH
PEKAN SELEKOH 36200
BAGAN DATOH
1) KAEDAH STRATEGI BELAJAR SAMBIL BERMAIN.
Definisi:
Strategi main sambil belajar adalah aktivikti yang
dijalankan secara spontan yang membawa kepada pembelajaran.
Main merupakan expresi kendiri yang kreatif dan
perkembangannya paling jelas pada peringkat kanak-kanak. Kanak-kanak akan
mencari pengetahuan dengan kaedah permainan
Ciri-ciri
Penting:
- Antara jenis-jenis permainan dalam pengajaran-pembelajaran ialah manipulatif, fizikal dan permainan bahasa.
- Permainan manipulatif termaksuk teka-teki, jadual bernombor, domino, catur dan congak.
- Permainan fizikal dalam pendidikan jasmani di mana daya fizikal digunakan dalam pergerakan, kordinasi, kecekapan, dan kemahiran fizikal.
- Permainan bahasa dimana aktiviti pengajaran-pembelajaran bahasa mengandungi unsur bermain dengan menggunakan bahan-bahan dan daya kreativiti pelajar untuk mewujudkan suasana belajar yang menyeronokkan dan bermakna.
- Kebaikan teknik ini ialah merangsangkan motivasi belajar kesan daripada keseronokkan bermain.
- Ia juga mengembangkan daya imaginasi untuk membantu kanak-kanak menyelesaikan masalah.
No comments:
Post a Comment