P) PERMAINAN PASANGANKU DI MANA
OBJEKTIF: Pada akhir pembelajaran
murid akan dapat Menggunakan tangan untuk memulas penutup botol.
Tempoh Masa: 30 minit
BAHAN: Botol plastic pelbagai
saiz dan bentuk, gelung rotan, jam randik
TUNJANG UTAMA: PFK 1.1.13 Menggunakan
tangan untuk memulas penutup botol.
TUNJANG YANG DISEPADUKAN:
BM 1.1.7 Mendengar dan bertindak balas mengikut arahan
mudah.
BM 2.1.1 Berbual dengan sebutan yang betul.
KM 5.1.4 Bergaul mesra dan tolong menolong.
PM 14.1.1 Menjayakan aktiviti secara berkumupalan.
PERBENDAHARAAN KATA: Jam randik, gelung
rotan, bulatan, botol, plastrik
MULA
PERSEDIAAN:
- Guru memberi pesanan kepada murid beberapa hari sebelum aktiviti dijalankan supaya murid membawa botol plastic pelbagai saiz.
- Kumpulkan botol mengikut kumpulan masing-masing (4 kumpulan).
PENDAHULUAN / SET INDUKSI:
·
Guru membawa murid ke kawasan lapang
·
Ketua kumpulan membawa botol plastik yang dikumpul
·
Guru meminta murid membuat bulatan besar dan guru berada
di tengah bulatan.
·
Kemudian guru mengeluarkan beberapa biji botol plastik
kosong dan menyanyi lagu sambil menepuk botol kosong.
Kalau anda gembira tepuk botol ( sambil tepuk botol
) 2x
Kalau anda gembira beginilah caranya
Kalau anda gembira tepuk botol
LANGKAH PERMAINAN:
·
Guru meminta murid membuka penutup botol dan
mengasingkannya.
·
Kemudian, murid berbaris mengikut kumpulan masing-masing
·
Guru menyusun gelung rotan dan meletakkan penutup botol
pada stesen pertama dan botol plastik pada stesen kedua.
·
Peserta akan dilepaskan serentak, masa diberi selama 3
minit
·
Murid akan berlari menuju ke stesen pertama mengmabil
penutup botol.
·
Kemudian lari ke stesen ke-2 untuk mencari botol yang
sesuai dengan penutupnya.
·
Ketatkan penutup botol pada botol plastik dan lari ke
stesen ke-3.
·
Ulang langkah 4-6 dengan peserta lain sehingga masa yang
ditetapkan tamat.
PENUTUP:
·
Kumpulan yang berjaya melengkapkan pasangan botol yang
terbanyak dalam masa yang ditetapkan dikira sebagai pemenang.
CATATAN: Masa boleh di ubah
mengikut kesesuaian
No comments:
Post a Comment