H) PERMAINAN TENG-TENG
ASAL USUL
Permainan Teng-Teng, atau juga
dikenali sebagai Ketinting ialah permainan yang selalunya dimain oleh
kanak-kanak perempuan. Ini kerana, teng-teng tidak begitu lasak walaupun ia
menggunakan tenaga yang banyak. Teng-teng juga tidak memerlukan daerah yang
besar.
Teng-teng dimainkan oleh
sekumpulan kanak-kanak dimana ada dua hingga empat orang didalam sebuah
gelanggang. Ini kerana, tiada peraturan yang tetap untuk jumlah orang di dalam
satu gelanggang. Tetapi, jika terdapat empat pemain didalam satu gelanggang, ia
akan memdatangkan kesukaran untuk setiap pemain untuk berteng-teng.
Gelanggang teng-teng ialah
lukisan petak-petak di atas tanah. Terdapat sembilan petak-petak di dalam satu
gelanggan. Selain gelanggan, pemain juga perlu gundu. Gundu ialah satu objek
yang menandakan kedudukan mereka di petak-petak gelanggang.
Cara Bermain:
Sebelum permainan dimulakan,
pemain harus mengundi siapa yang akan pergi dahulu dan seterusnya. Kaedahnya
ialah menggunakan lai lai li tam plong.
Untuk memulakan permainan, pemain
pertama harus mancampakkan gundu ke dalam petak pertama dengan cara
membelakangkan petak. Ini akan berlaku dengan sama untuk pemain yang lain. Jika
gundu tidak dapat masuk ke dalam petak, giliran pemain itu dianggap mati dan
pemain seterusnya yang akan mengambil alih.
Pemain dikehendaki melompat ke
dalam petak-petak dengan menggunakan satu kaki sahaja, tetapi jika ada petak
yang bersebelahan dengan petak yang lain, pemain harus melompat ke dalam petak
tersebut denga menggunakan kedua kaki mereka.
Setelah pemain melompat kembali
ke garisan permulaan, mereka harus memijak kaki kanan mereka ke petak kedua dan
petak keempat akan dipijak oleh kaki kiri mereka. Setelah itu, pemain
dikehendaki melompat ke petak ketiga denga menggunakan sebelah kaki dan seterusnya,
gundu harus dikutip di petak pertama. Pemain, untuk menghabiskan giliran
mereka, harus melompat balik ke petak pertama dan terus ke garisan penamat.

No comments:
Post a Comment