Wednesday, 19 September 2012


2) CIRI - CIRI PERMAINAN KECIL.


KAEDAH PROJEK
 Definisi:
Projek adalah satu kaedah yang mana pelajar menjalankan sesuatu eksperimen atau aktiviti didalam situasi yang sebenar dan menghasilkan sesuatu (Ee. A.M. 1997)
Ia merupakan sesuatu aktiviti dijalankan oleh pelajar didalam atau diluar bilik darjah dan mereka belajar melalui proses menghasilkan sesuatu

Ciri-ciri penting:
Tujuan kaedah projek ialah memperkembangkan daya kreatif pelajar dan meluaskan pengalaman pelajar semasa menjalankan projek:
  1.  Ia juga membantu pelajar bekerjasama dan menanamkan sikap positif dalam menghasilkan sesuatu projek.
  2.  Ia juga dapat memperkembangkan pembelajaran melalui pengalaman melaksanakan aktiviti.
  3. Projek yang hendak dibuat hendaklah bermakna dan membawa manfaat kepada pelajar.
  4. Bahan-bahan yang diperlukan untuk projek hendaklah mudah diperoleh.
  5. Projek yang sesuai dengan objektif pelajaran.
  6. Kelebihan kaedah projek ialah pelajar memperoleh kejayaan dan perasaan.
  7. kepuasan jika dapat meyelesaikan projek. Pengetahuan yang di perolehi kekal dan berkesan


NAMA                       :  HARLINA BINTI M.AGUS
KUNPULAN/UNIT  :KDPM KDC KEMAS
MATAPELAJARAN:PENGURUSAN SUMBER

MAKLUMATTABIKASELEKOH:TABIKAKEMASSELEKOH
                                                            PEKAN SELEKOH 36200
                                                                BAGAN DATOH


1) KAEDAH STRATEGI BELAJAR    SAMBIL BERMAIN.


Definisi:
Strategi main sambil belajar adalah aktivikti yang dijalankan secara spontan yang membawa kepada pembelajaran.
Main merupakan expresi kendiri yang kreatif dan perkembangannya paling jelas pada peringkat kanak-kanak. Kanak-kanak akan mencari pengetahuan dengan kaedah permainan

 Ciri-ciri Penting:
  1. Antara jenis-jenis permainan dalam pengajaran-pembelajaran ialah manipulatif, fizikal dan permainan bahasa.
  2. Permainan manipulatif termaksuk teka-teki, jadual bernombor, domino, catur dan congak.
  3. Permainan fizikal dalam pendidikan jasmani di mana daya fizikal digunakan dalam pergerakan, kordinasi, kecekapan, dan kemahiran fizikal.
  4. Permainan bahasa dimana aktiviti pengajaran-pembelajaran bahasa  mengandungi unsur bermain dengan menggunakan bahan-bahan dan daya kreativiti pelajar untuk mewujudkan suasana belajar yang menyeronokkan dan bermakna.
  5. Kebaikan teknik ini ialah merangsangkan motivasi belajar kesan daripada keseronokkan bermain.
  6. Ia juga mengembangkan daya imaginasi untuk membantu kanak-kanak menyelesaikan masalah.



U) PERMAINAN  HALANGAN KOMANDO

LANGKAH-LANGKAH:
·        Guru menyuruh murid menyanyi lagu Katak Si Katak Lompat mengikut melodi yang disediakan.


AKTIVITI HALANGAN KOMANDO:

·        Guru menyediakan 4 stesen halangan seperti berikut:
·        Stesen 1: 3 biji gelung rotan.
·        Stesen 2: 3 buah bangku rendah (12cm)
·        Stesen 3: 1 buah bangku tinggi (30cm)
·        Stesen 4: 1 bidang tilam senaman.
·        Untuk persembahan merangkak guru akan:
·        Guru akan membahagikan murid kepada 5 kumpulan kecil.
·        Setiap murid melakukan lompatan dengan dua belah kaki mengikut stesen secara urutan.
·        Di stesen 1, murid melompat ke dalam gelung rotan. Jarak antara gelung rotan 30 – 60 cm.
·        Di stesen 2, murid melompat melepasi 3 buah bangku satu persatu. Ketinggian bangku adalah 10 – 12 cm.
·        Di stesen 3, murid melompat 1 buah bangku tinggi. Ketinggian bangku adalah 20 – 30 cm.
·        Di stesen 4, murid merangkak di atas tilam untuk ke garisan penamat.
·        Setelah murid / Kumpulan menamatkan halangan ini, guru boleh mengulang semula aktiviti tersebut dari stesen 1 hingga 4 atau dari 4 hingga 1.


PENUTUP:
·        Setelah selesai guru harus membuat aktiviti penyejukan badan sebelum pulang dengan nombor.
·        Pastikan murid bersama-sama mengemas alatan yang telah digunakan.


CATATAN:

·        Bagi pengajaran nombor, guru boleh melekatkan setiap bahan yang digunakan dengan nombor.
·        Bagi mengenal huruf, guru boleh melekatkan setiap bahan yang digunakan dengna abjad / huruf.
·        Bagi kemahiran membaca, guru boleh melekatkan suku kata terbuka pada stesen 1, suku kata tertutup pada stesen 2, perkataan pada stesen 3 dan ayat mudah pada stesen 4.

T) PERMAINAN  KETINTING AISKRIM

LANGKAH-LANGKAH:
PENDAHULUAN / SET INDUKSI:
·        Guru  membawa murid ke gelanggang badminton.
·        Murid membuat bulatan besar dan melakukan senaman ringkas bagi memanaskan badan.
·        Kemudian murid akan diperdengarkan dengan muzik rancak.
·        Minta berjengket dan menari bebas mengikut muzik tersebut.

PERMAINAN KETINTING:
·        Guru melukis 5 set garisan ketinting menggunakan kapur dan minta murid perhatikan garisan tersebut.
·        Kemudian guru menulis nombor (1-5) pada setiap petak ketinting tersebut (lihat gambarajah).
·        Murid diberi satu token daripada pundit kacang berlainan warna.
·        Murid yang mendapat undian pertama akan memulakan permainan ini. Murid tersebut hendaklah melontar tokennya kemana – mana nombor yang terdapat pada ketinting.
·        Sekiranya murid tersebut melontar ke dalam petak nombor 3, maka murid tersebut hendaklah molompat bermula dari petak 1, 2, tinggalkan petak 3, seterusnya melompat ke petak 4 dan 5.
·        Setelah itu murid tersebut berpusing balik dan mengambil token di petak nombor 3 tadi dan boleh memijak petak tersebut hingga ke petak 1.
·        Setelah murid menamatkan permainannya, murid tersebut dikehendaki mengambil kad nombor yang sama dengan nombor yang telah dipilih pada petak ketinting tadi. Kemudian dia menunjukkan kepada guru nombor tersebut.
·        Setelah itu murid hendaklah menulis nombor tersebut pada kedudukan namanya sendiri pada senarai semak yang disediakan. ( lihat contoh senarai semak ).

PENUTUP:
·        Selepas aktiviti ini guru dan murid boleh bersama-sama mengira jumlah skor yang diperolehi.
·        Guru juga harus menerangkan permainan ini adalah permainan tradisional yang harus dipelihara.

CATATAN:
Guru boleh membuat bentuk ketinting lain yang dirasakan sesuai dengan tradisi setempat.

S) PERMAINAN BOTOL-BOTOL TUMBANG

LANGKAH-LANGKAH:
·        Semasa di dalam kelas guru menunjukkan video permainan bowling dan keratin akhbar tentang permainan bowling.
·        Guru bersoal jawab tentang permainan tersebut.
·        “pernahkah kamu lihat permainan tersebut.
·        “di mana biasanya permainan ini dijalankan?
·        “kamu nak main tak permainan ini?

AKTIVITI PERMAINAN:
·        Guru menyediakan 10 biji botol plastic bersaiz sama.
·        Botol-botol tersebut akan disusun seperti gambarajah di bawah.
·        Guru menyediakan bola untuk baling pada botol tersebut.
·        Jarak yang sesuai antara kedudukan botol dan garis lontaran adalah 5 – 10 meter.
·        Bagi pengajaran individu murid akan membaling bola kea rah botol secara bargilir-gilir.
·        Bagi pengajaran kumpulan, guru boleh membentuk 2 – 5 kumpulan kecil. bersesuaian dengan jumlah murid.
·        Murid / kumpulan yang berjaya mengumpul dan menjatuhkan botol yang paling banyak akan dikira pemenang.

PENUTUP:
·        Guru mengumpulkan murid dalam kumpulan dan membuat aktiviti penyejukan badan.
·      Guru boleh juga menyanyi bersama-sama murid semasa berjalan pulang ke kelas.

R) PERMAINAN TIRU MACAM SAYA

LANGKAH-LANGKAH:
·        Guru membawa murid ke luar kelas.
·        Guru membahagikan murid kepadea 5 kumpulan.
·        Guru memasang muzik rancak dan minta murid berlari sambil mendepa tangan seperti burung (2 minit).
·        Setelah itu minta berbaris mengikut kumpulan masing-masing.

AKTIVITI IMBANGAN:
  • Guru  menyediakan 2 gelung rotan dan bangku panjang yang rendah ( lihat gambarajah ).
  • Murid akan melompat dua belah kaki ke dalam gelung rotan kemudian menaiki kerusi panjang dan berjalan sambil mengimbang diri sehingga tamat.
  • Apabila tamat murid dikehendaki berlari semula kearah rakan.
  • Seterusnya murid kedua akan melakukan aktiviti yang sama.                     
  • sehingga semua peserta-peserta selesai.
  • Jika jatuh, murid akan mengulang semula dari awal.

PENUTUP:
·        Guru membuat senaman ringan untuk menyejukkan badan.
·        Guru Bersoal jawab dengan murid tentang perasaan mereka setelah menjalankan aktiviti tersebut ( gembira, takut, ingin mencuba lagi).

CATATAN:
·        Guru boleh meminta murid:
·        Berjalan secara perlahan
·        Berjalan dengan laju
·        Berjalan dengan meletakkan beban (pundit kacang atau buku di atas kepala)


  
Q) PERMAINAN BOLA AIR

OBJEKTIF:
Pada akhir pembelajaran murid akan dapat:
Menyambut objek menggunakan dua belah tangan.
TEMPOH MASA: 60 minit
BAHAN: Belon, air, cawan plastik, baldi, jarum.
TUNJANG UTAMA:
PFK 2.3.5 Menyambut objek lembut dengan menggunakan dua tangan.
TUNJANG YANG DISEPADUKAN:
            BM 1.1.7 Mendengar dan bertindak balas mengikut arahan mudah.
            BM 2.1.5 Menyatakan permintaan dengan sopan.
            BM 2.1.6 Memberikan arahan kepada rakan secara bertatasusila.
PM 10.2.2 Mengamalkan sikap tolak ansur dengan rakan dalam situasi      tertentu.

PERBENDAHARAAN KATA:
            Belon, air, pecah, cawan, besar, kecil, baldi, jarum

LANGKAH – LANGKAH:
·        Guru membawa murid ke padang
·        Guru membawa plastik hitam yang berisi belon yang sudah di tiup
·        Minta murid rasa menggunakan tangan, teka apakah objek yang di bawa.
·        Pilih seorang murid dan minta murid cucuk dengan jarum peniti objek tersebut (dengan pemerhatian guru)
·        Apabila belon pecah, buka plastik dan lihat belon yang sudah pecah.
·        Tiup satu belon dan ikat. Guru berbual dengan murid tentang belon tersebut:
·        “apakah nama objek ini?”……….belon.
·        “apa yang ada dalam belon ini?”……….udara.
·        “kenapa belon ini pecah?”……….dicucuk jarum, tekanan luar dan dalam berbeza.
·        “nyatakan perbezaan saiz sebelum dan selepas belon ini pecah ?”……….besar/kecil.
·        “apakah bunyi yang terhasil apabila jarum dicucuk pada belon ini ?”……….minta murid buat bunyi tersebut.

PERMAINAN 1: ISI AIR DALAM BELON:
  • Murid berbaris dalam kumpulan. 5 kumpulan.
  • Guru menyusun gelung rotan di hadapan setiap kumpulan dan meletakkan satu baldi dan satu cawan plastik.
  • Pada jarak 5 meter letak satu gelung rotan dan satu belon ( rujuk gambarajah).
  • 4 orang murid akan menunggu di stesen 1 dan seorang lagi menunggu di stesen 2.
  • 5 Peserta pertama akan mencedok air dan membawa dengan cawan ke stesen 3.
  • Apabila sampai di stesen 2 murid akan menuang air kedalam belon yang dipegang oleh rakan distesen 2.
  • Kemudian murid pertama akan berpatah balik ke stesen 1 dan peserta ke-2 mengulangi langkah yang sama sehingga belon dipenuhi air.
  • Apabila belon dipenuhi air dan saiznya besar, guru menolong murid mengikat belon tersebut untuk aktiviti seterusnya.

PERMAINAN 2 : LARI BAWA BELON BERGANTI-GANTI                   (Kesinambungan daripada aktiviti diatas ):
·        Guru mengekalkan set yang sama seperti diatas.
·        Di stesyen pertama letakkan belon yang telah di isi air manakala distesen 2 .letakkan gelung rotan sahaja.
·        Murid akan berlari berulang alik dari stesyen 1 ke stesyen 2 dengan membawa belon yang berisi air.
·        Guru menetapkan jangka masa aktiviti ini mengikut kesesuaian.
·        Jika belon pecah kumpulan ini dikira kalah.

PENUTUP:
 Apabila selesai aktiviti ini guru boleh minta murid pecahkan belon yang berisi air dan lihat perubahan yang berlaku. Guru buat rumusan daripada aktiviti dan menyatakan nilai murni kerjasama dalam kumpulan.

CATATAN:
Aktiviti ini tidak semestinya dijalankan serentak kerana kadangkala masa terhad dan boleh dijalankan pada hari berikutnya.

Tuesday, 18 September 2012


P) PERMAINAN PASANGANKU DI MANA

OBJEKTIF: Pada akhir pembelajaran murid akan dapat Menggunakan tangan untuk memulas penutup botol.

Tempoh Masa: 30 minit

BAHAN: Botol plastic pelbagai saiz dan bentuk, gelung rotan, jam randik

TUNJANG UTAMA: PFK 1.1.13 Menggunakan tangan untuk memulas penutup                                                 botol.

TUNJANG YANG DISEPADUKAN:
            BM 1.1.7 Mendengar dan bertindak balas mengikut arahan mudah.
            BM 2.1.1 Berbual dengan sebutan yang betul.
            KM 5.1.4 Bergaul mesra dan tolong menolong.
            PM 14.1.1 Menjayakan aktiviti secara berkumupalan.

PERBENDAHARAAN KATA: Jam randik, gelung rotan, bulatan, botol, plastrik
MULA
PERSEDIAAN:
  • Guru memberi pesanan kepada murid beberapa hari sebelum aktiviti dijalankan supaya murid membawa botol plastic pelbagai saiz.
  • Kumpulkan botol mengikut kumpulan masing-masing (4 kumpulan).

PENDAHULUAN / SET INDUKSI:
·        Guru membawa murid ke kawasan lapang
·        Ketua kumpulan membawa botol plastik yang dikumpul
·        Guru meminta murid membuat bulatan besar dan guru berada di tengah bulatan.
·        Kemudian guru mengeluarkan beberapa biji botol plastik kosong dan menyanyi lagu sambil menepuk botol kosong.

Kalau anda gembira tepuk botol ( sambil tepuk botol ) 2x
Kalau anda gembira beginilah caranya
Kalau anda gembira tepuk botol

LANGKAH PERMAINAN:
·        Guru meminta murid membuka penutup botol dan mengasingkannya.
·        Kemudian, murid berbaris mengikut kumpulan masing-masing
·        Guru menyusun gelung rotan dan meletakkan penutup botol pada stesen pertama dan botol plastik pada stesen kedua.
·        Peserta akan dilepaskan serentak, masa diberi selama 3 minit
·        Murid akan berlari menuju ke stesen pertama mengmabil penutup botol.
·        Kemudian lari ke stesen ke-2 untuk mencari botol yang sesuai dengan penutupnya.
·        Ketatkan penutup botol pada botol plastik dan lari ke stesen ke-3.
·        Ulang langkah 4-6 dengan peserta lain sehingga masa yang ditetapkan tamat.

PENUTUP:
·        Kumpulan yang berjaya melengkapkan pasangan botol yang terbanyak dalam masa yang ditetapkan dikira sebagai pemenang.
           
      CATATAN: Masa boleh di ubah mengikut kesesuaian

O) SEPAK RAGA

Pengenalan

Permainan sepak raga wujud sejak 600 tahun lalu. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, selain dimainkan oleh golongan bangsawan, rakyat jelata juga menggemari permainan ini. Dalam sejarah Melayu menceritakan tentang Raja Muhammad, putera Sultan Mansor Shah Muhammad tertanggal tanjaknya akibat terkena bola raga tendangan Tun Besar.
Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis.

Cara Bermain
Dalam permainan sepak raga, beberapa pemain berdiri dan membentuk satu bulatan. Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.

Menimang Bola
Permainan ini memerlukan ketangkasan dan kecekapan fizikal serta ketajaman mata untuk mengukur pergerakan. Matlamat setiap pemain ialah memantapkan kemahiran menerima hantaran bola raga dan menimangnya dengan selesa selama yang mungkin. Jangka masa permainan tidak ditentukan kecuali dalam pertandingan yang lazimnya dianjurkan sebagai acara berpasukan. Pasukan yang berjaya membuat timangan paling banyak dalam suatu tempoh yang ditetapkan, dikira menang.
Pada masa ini sepak raga tiada lagi dimainkan, ianya telah ditukar dengan nama kepada sepak takraw. Sepak takraw mengadukan dua pasukan yang dipisahkan oleh jaring, seperti dalam permainan badminton. Pasukan sepak takraw terdiri daripada tiga pemain. Tekong melakukan sepak mula dan mengawal bahagian belakang gelanggang. Apit kiri dan apit kanan mengawal bahagian hadapan gelanggang dan memikul tugas utama mematikan bola di gelanggang lawan.

N) GASING






Bermain gasing

Gasing popular di Semenanjung terutama di Kelantan. Orang dewasa yang memajukan seni permainan ini, bagi kanak-kanak lebih gemar dengan gasing Melayu dan Cina, kerana saiz yang kecil dan mudah dipermainkan.

Jenis-jenis Gasing
Jenis gasing yang terdapat di Malaysia termasuk gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku benang dan gasing pinang.

Membuat Gasing
Kayu yang paling sesuai dari spesis merbau, seperti merbau tanduk, merbau darah, merbau johol dan merbau keradah, ianya mudah dilarik tetapi tidak mudah serpih. Selain itu kayu leban tanduk, limau, bakau, koran, sepan, penaga, keranji juga menjadi pilihan. Jenis kayu yang mudah didapati seperti manggis, jambu batu, ciku atau asam jawa sering digunakan untuk membuat gasing.
Kayu tersebut dilarik menggunakan alat pelarik, mengikut saiz dan bentuk gasing yang telah ditetapkan. Sebelum kerja melarik dimulakan besi paksi dibenamkan ke dalam kayu tersebut agar keseimbangan dari segi bulatnya dapat dilakukan ketika melarik.
Setelah gasing disiapkan maka kerja-kerja terakhir dilakukan, seperti melilitkan timah pada kepak gasing tadi agar menambah berat lagi gasing itu hingga seberat lima kilogram dan juga tak mudah serpih. Untuk menambah indah rupa parasnya maka tanduk kerbau dipasangkan dibahagian kepala gasing serta dikilatkan dengan varnis. Ini terdapat pada gasing leper atau untuk gasing uri sahaja.

Cara Bermain
Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri. Gasing pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan. Gasing uri dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing.
Gasing pinang dimainkan oleh kanak-kanak. Buah pinang muda dikupaskan sabut dan kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan bahagian bawahnya, kemudian dicucukkan lidi buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu. Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan.
Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit jambuhnya direnggut.

Pertandingan Gasing
Pertandingan gasing uri berbeza dengan gasing pangkah. Gasing uri lebih bersifat individual, manakala gasing pangkah bersifat kumpulan.
  • Gasing Uri
Dua orang pembantu diperlukan dalam pertandingan gasing uri; seorang memegang cokok dan seorang lagi memegang lopok. Cokok diperbuat daripada kayu dan berbentuk leper seperti sudip, kira-kira 60 cm panjang. Lopok juga diperbuat danipada kayu tetapi berbentuk torak atau pun seperti pancang, 45 cm panjang. Di hujung lopok itu dilekatkan logam bergaris pusat 4-5 cm. Tempat permainan atau arena gasing dipanggil bong. Bong berbentuk bulat, bergaris pusat kira-kira 3.25 meter, dan dibuat di atas tanah yang keras.
Gasing yang berpusing dipindahkan oleh jong (juru) cokok ke atas lopok yang telah dicacakkan di atas tanah. Gasing yang berpusing paling lama dikira pemenang pertandingan. Biasanya gasing uri berupaya berpusing lebih daripada satu jam.
  • Gasing Pangkah
Gasing jenis ini pula dimainkan secara berkumpulan. Setiap pasukan terdiri daripada dua hingga lima orang. Untuk menentukan pasukan menanti dan pasukan memangkah, peraduan uri diadakan, antara gasing-gasing yang mewakili pasukan-pasukan yang mengambil bahagian. Pasukan yang gasingnya paling lama berpusing menjadi pasukan memangkah pertama. Permainan dimulakan dengan pasukan menanti melemparkan gasing mereka ke tengah-tengah bong. Kemudian pasukan memangkah pula memangkah gasing mereka. Tiap-tiap gasing pasukan memangkah mesti mengetuk salah satu gasing pasukan menanti. Tujuannya ialah sama ada memecahkan gasing lawan ataupun sekurang-kurangnya menjejaskan keseimbangan pergerakannya supaya cepat berhenti berpusing.
Dalam perlawanan gasing ini, setiap pasukan mempunyai jong cokok. Selesai pemangkahan, gasing-gasing di dalam bong itu dicokokkan dan dipindahkan ke atas lopok, seperti dalam pentandingan gasing uri. Jika salah satu gasing pihak menanti berpusing lebih lama, pihak itu tidak diberi markah tetapi ditukarkan menjadi pemangkah. Pasukan yang memangkah tadi kini menjadi pasukan menanti pula.