F) PERMAINAN GALAH PANJANG
![]() |
| gelanggang permainan |
Pengenalan
Permainan tradisional
yang dimainkan diluar rumah. Permainan ini bukan sahaja dimainkan oleh
kanak-kanak sahaja tetapi sebagai pertunjukan di pesta-pesta kebudayaan
kadangkala dipertontonkan untuk pelancong oleh golongan dewasa.
Permainan ini tidak dimainkan secara individu,
tetapi dengan dua kumpulan. Terdiri dari kumpulan penyerang dan kumpulan
bertahan. Setiap kumpulan mempunyai pemain tidak kurang dari seramai empat
orang dan kebiasaannya terdiri dari sepuluh pemain sahaja.
Salah seorang dari ahli kumpulan itu akan dilantik
sebagai ketua dan lainnya adalah sebagai awak-awak sahaja. Tugas ketua kumpulan
adalah sebagai mengawasi setiap penyerang yang masuk dan keluar dari
gelanggang, iaitu disepanjang garisan permulaan, garisan tengah dan garisan
disekeliling gelanggang. Manakala awak-awak hanya menjaga garisan melintang di
dalam gelanggang.
Sebelum permainan dimulakan undian secara wan tu
som dijalankan oleh kedua-dua ketua pasukan. Siapa yang menang akan menjadi
pasukan penyerang. Penetapan pengiraan bertukar giliran akan ditentukan
terlebih dahulu, samada hanya dengan cuitan ke badan pemain atau dengan
menangkap pemain.
Kawasan permainan yang sederhana luas diperlukan,
samada di atas tanah, kawasan bertar atau bersimin dan di atas padang. Tiada
ukuran khas penetapan yang perlu dipatuhi, tetapi dianggarkan antara enam
hingga lapan meter lebar dan jarak bagi setiap garisan lintang gelanggang
antara tiga hingga empat meter. Jumlah garisan lintang bagi awak-awak tidak
terhad, ia mengikut jumlah pemain bagi setiap pasukan.
Sebagai penanda garisan, akan digunakan tepung atau
tali jika dimainkan di atas padang. Cat juga boleh digunakan sekiranya
gelanggang simin. Tetapi kebanyakan kanak-kanak akan melorekkan garisan
tersebut di atas tanah sahaja.
Cara Bermain
Sejurus sebelum permainan dimulakan, ketua pasukan
penyerang akan menepuk tangan ketua pasukan bertahan di petak kepala
gelanggang. Ini menandakan permainan sudah dimulakan dan awak-awak boleh mula
menyerang, samada secara individu atau beramai-ramai.
Setiap pemain hendaklah melepasi semua garisan
hingga ke garisan belakang sekali dan kembali semula hingga ke garisan hadapan
tanpa dapat dicuit oleh pasukan bertahan. Jika salah seorang dapat dicuit oleh
pasukan bertahan maka pasukan itu dikira mati. Pertukaran kedudukan akan
dilakukan iaitu pasukan yang bertahan akan jadi pasukan penyerang dan
sebaliknya.
Peraturan Permainan
- Kesemua pemain pasukan penyerang akan dikira mati jika salah seorang dari mereka dicuit oleh pemain pasukan bertahan.
- Pemain pasukan penyerang tidak boleh berundur kebelakang setelah melepasi garisan gelanggang, ia dikira mati yang akan menyebabkan pertukaran kedudukan pasukan.
- Pasukan penyerang dikira mati jika terdapat pemainnya terkeluar dari garisan gelanggang.
- Pasukan penyerang dikira menang jika salah seorang dari pemainnya dapat melepasi kesemua garisan hingga kembali ke garisan permulaan. Satu mata diberikan kepada pasukan ini dan permainan akan dijalankan semula.
- Mana-mana pasukan yang dapat mengumpul mata tertinggi akan dikira memenangi perlawan tersebut.
- Permainan tradisional yang dimainkan diluar rumah. Permainan ini bukan sahaja dimainkan oleh kanak-kanak sahaja tetapi sebagai pertunjukan di pesta-pesta kebudayaan kadangkala dipertontonkan untuk pelancong oleh golongan dewasa.
- Permainan ini tidak dimainkan secara individu, tetapi dengan dua kumpulan. Terdiri dari kumpulan penyerang dan kumpulan bertahan. Setiap kumpulan mempunyai pemain tidak kurang dari seramai empat orang dan kebiasaannya terdiri dari sepuluh pemain sahaja.
- Salah seorang dari ahli kumpulan itu akan dilantik sebagai ketua dan lainnya adalah sebagai awak-awak sahaja. Tugas ketua kumpulan adalah sebagai mengawasi setiap penyerang yang masuk dan keluar dari gelanggang, iaitu disepanjang garisan permulaan, garisan tengah dan garisan disekeliling gelanggang. Manakala awak-awak hanya menjaga garisan melintang di dalam gelanggang.

No comments:
Post a Comment